Ucapan Menteri Pelancongan Sempena Colours of 1Malaysia 2010

SPEECH BY YB DATO' SRI DR. NG YEN YEN
MINISTER OF TOURISM MALAYSIA

"Colours of 1Malaysia 2010"
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
22 May 2010

Mengadap

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiku Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Mengadap

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Ampun Tuanku,

Izinkan patik mulai dengan melafazkan rasa syukur kerana dapat bersama pada malam yang berbahagia ini. Patik, bagi Kementerian Pelancongan Malaysia dan semua hadirin, merafak sembah menjunjung kasih yang tidak terhingga atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua berangkat ke perarakan pelancongan yang terhebat di Malaysia iaitu acara "Colours of 1Malaysia 2010" atau "Citrawarna 1Malaysia 2010".

Sesungguhnya, keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua bukan sahaja telah menyerikan majlis pada malam ini, malah telah mengeratkan lagi silaturrahim antara Seri Paduka Baginda Tuanku berdua dengan patik sekalian.

Patik sekalian sentiasa mendoakan agar Seri Paduka Baginda Tuanku berdua dianugerahkan oleh Ilahi kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada di bawah naungan Nya, memerintah negara dengan aman lagi makmur.

Ampun Tuanku,

Seterusnya, patik dengan segala hormat dan ta'azimnya memohon perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin sekalian dalam bahasa Inggeris. Pada malam ini bersama Tuanku terdapat ramai tetamu-tetamu khas termasuk beratus tetamu media daripada seluruh dunia.

Ampun Tuanku,

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
Minister of Information, Communication and Culture

And wife, YBhg Datin Seri Maznah Rais

YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan
Chief Secretary to the Government

And wife, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin

YB Dato' James Dawos Mamit
Deputy Minister of Tourism Malaysia

Deputy Ministers,
Members of Parliament,
Senators, State Excos,
Head of Departments,
YBhg. Tan Sri -Tan Sri,
Dato'Seri - Dato' Seri,
Dato-Dato,

Your Excellencies Ambassadors

Members of the media, both local and foreign

Ladies and gentlemen,

We are indeed greatly honoured to have His Majesty The King of Malaysia and Her Majesty The Queen, with us tonight. Thank you Your Majesties.

I would also like to thank YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim for his support and guidance. Datuk Seri Utama has been most supportive providing us continuous advice. On behalf of the Ministry of Tourism

Ladies and Gentlemen,

Selamat Datang or Welcome to all our guests to the greatest Malaysian Tourism Parade 2010, that is the "Colours of 1Malaysia 2010" or "Citrawarna 1Malaysia 2010".

The "Colours of Malaysia", is one of the country's signature events since 1999. It has contributed significantly to a greater understanding by the world of Malaysia's tourism products as and attracted many tourists to Malaysia.

Malaysia is now ranked 9th Most Travelled To Destination to the World by UNWTO for the year 2009. 2009 has been a good year for the Malaysian Tourism Industry. We saw an increase of 7.6% with a total 23.65 million tourist arrival despite 2009 being a most difficult year for tourism globally.

Malaysia Tourism Industry in 2009 contributed RM 1 billion per week to our economy, providing an employment to over 1 million Malaysians. It is the Government's commitment to ensure that the Malaysia Tourism Industry continues to flourish and to provide the best tourism experience to all tourists from all over the world.

"Colours of 1Malaysia 2010" is a night of celebration, a night of sharing Malaysian's diverse culture and Tourism Products with all Malaysians and the world. The diverse culture of Malaysia is reflected thru our songs, dances and music and festivals such as Ramadan, Chinese New Year, Deepavali, Gawai and Kaamatan, etc. This is the uniqueness of Malaysia which I believe is one of its kind.

Hence, Malaysia's Tourism Brand to the world, is "Malaysia Truly Asia". Tonight we bring to you all the smiles, joys and warm hospitality of over 6,000 Malaysians from all over the country to showcase to you and the world "Malaysia Truly Asia".

Tonight's "Colours of 1Malaysia 2010" showcases some of the unique Tourism Products we have and they are, the Malaysia Homestay Tourism Programme - a unique experience, sharing village lifestyle, culture, traditions including participating in the village daily activities. We also showcase some of our Ecotourism products especially our islands and beaches tonight.

Almost all tourists love to shop. We present to the world Malaysia's 3 times Annual Mega Sales through our various shopping malls, traditional shopping and night market shopping. Malaysia is a duty free, duty free, duty free country for most products. We are very price competitive indeed!

No tourism experience is complete without food. Malaysia is a food paradise. Every year in the months of Oct, Nov and Dec. we celebrate our glorious food with the Fabulous Food 1Malaysia Festival with varieties of gourmet, traditional, and street food. This is surely the time of the year that all tourists must visit Malaysia.

Ladies and Gentlemen

The Ministry of Tourism strongly believes that all Malaysians must work together to "Think Tourism, Act Tourism", and that there must be a greater sharing of responsibilities and roles between the private and public sectors, including tonight's celebration.

Hence, tonight's celebration is a huge parade, a street performance by over 6,000 Malaysians from all over the country. It is a mass participation. There may be imperfections, there may be some out-of-line, untidy steps, but I believe you will forgive us. I also take this opportunity invite you to join us later tonight to learn some of the dances.

Tonight's parade is telecast "live" to over 20 countries including China, Vietnam, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Macau, Japan, North America, New Zealand, etc. We also have with us over 200 special guests from over 20 countries. I hope you will take back tonight's experience with you, to share with your friends and people, Malaysia Truly Asia and come back again, and again to enjoy our diverse cultures, our warm hospitality and many others.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi pihak Kementerian Pelancongan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih keatas kehadiran semua pada malam ini untuk menyertai dan menyaksikan perarakan pelancongan terhebat 2010 Malam "Citrawarna 1Malaysia". Perarakan pelancongan ini mempamerkan produk-produk pelancongan termasuk kebudayaan, kesenian, perayaan-perayaan, produk pelancongan alam semulajadi, termasuk pulau dan pantai, homestay, makanan-makanan, dan jualan hebat mega.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan malam ini termasuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga kakitangan Kementerian Pelancongan. Malam ini juga berjaya di atas komitmen dan penyertaan lebih 6000 peserta dari seluruh negara termasuk Belia, Pelajar, dan badan-badan bukan kerajaan. Mari kita bersama dengan semangat berkongsi keamanan, Kemakmuran Malaysia dengan seluruh dunia melalui semangat 1Malaysia.

Ampun Tuanku,

Sekianlah sembah ucapan patik di majlis "Colours of 1Malaysia 2010". Sekali lagi patik, bagi pihak semua yang hadir, merafak sembah merakamkan ucapan menjunjung kasih yang tidak terhingga atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis pada malam ini.

Ampun Tuanku.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.