|
Kursus Asas Pemandu Pelancong Tahap 3 |
|
|
|
| Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00 |
KELAYAKAN AKADEMIK - Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- tahap minima 6 subjek lulus dalam satu peperiksaan
- lulus Bahasa Melayu
- Calon-calon yang mempunyai Sijil Malaysian Certificate of Education (MCE) sejak tahun 1978 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang Industri Pelancongan.
- Sijil, Diploma dan Ijazah yang diperolehi perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
TEMPOH KURSUS - Tempoh kursus dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
- tempoh minimum untuk Kursus Pemandu Pelancong (Asas) adalah 4 bulan dan perlu menghabiskan masa sebanyak 500 jam (contact hour) sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan.
- Pecahan masa kursus adalah seperti berikut:
- kuliah/ceramah : 260 jam (minimum) - praktikal Koc : 80 jam (minimum) - tugasan NOSS : 160 jam
BAYARAN - Bayaran yang dikenakan oleh Institut-institut yang diiktiraf oleh Kementerian adalah RM3000.00 hingga RM5000.00 bagi satu kursus - bayaran ini bergantung kepada pengalaman calon dan bilangan pensyarah bagi bahasa asing.
- Bagi calon-calon yang gagal dalam peperiksaan boleh mengulang dalam tempoh dua tahun (mulai dari tarikh keputusan dikeluarkan) -bayaran yang dikenakan adalah RM180.00 untuk satu bahasa.
- Calon-calon yang berminat untuk membuat penambahan bahasa dalam lesen Pemanduan Pelancong diwajibkan mengikuti peperiksaan dan bayaran yang dikenakan ialah RM90.00 untuk satu bahasa.
PENDAFTARAN - Calon-calon yang berminat untuk memasuki kursus ini perlu berdaftar dengan Institut Latihan Pelancongan (ILP) yang telah diiktiraf oleh Kementerian.
- Pendaftaran calon dengan Kementerian akan diuruskan oleh ILP dengan mengemukakan salinan kad pengenalan, sijil SPM dan sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
PEPERIKSAAN - Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong (Asas) diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun -Bulan April, Ogos dan Disember.
- Bagi calon-calon yang mengulang perlu menduduki semua peperiksaan termasuk oral, slide, koc dan ujian bertulis dalam satu peperiksaan.
- ILP dan calon perlu mendapatkan sijil pengesahan daripada Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) yang membuktikan calon trampil sebelum menduduki Peperiksaan Pemandu Pelancong (Asas) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
- Calon-calon yang berminat untuk membuat penambahan bahasa dalam lesen pemanduan pelancong perlu menduduki peperiksaan praktikal iaitu oral, slide dan koc.
- Peperiksaan Pemandu Pelancong (Asas) ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu Peperiksaan Bertulis dan Peperiksaan Praktikal iaitu:
- Peperiksaan Praktikal : 80 % - Peperiksaan Bertulis : 20% - Peperiksaan Praktikal terdiri daripada oral, slide dan koc. Manakala Peperiksaan Bertulis terbahagi kepada dua (2) kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2 (esei).
|
|
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 27 Mei 2009 12:02 |