| Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00 |
UNTUK MEMOHON Pemohon mestilah orang perseorangan dan telah memenuhi semua syarat berikut : - Kelayakan - Telah menjalani kursus atau kursus-kursus latihan dan lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Persuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan untuk mengadakan kursus, latihan dan ujian-ujian kecekapan untuk pemandu-pemandu pelancong.
- Umur - Telah mencapai lapan belas (18) tahun pada tarikh pemohonan di buat.
- Kesihatan - Sihat dari segi fizikal dan mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
- Kelakuan - Tidak mempunyai rekod jenayah dan berkebolehan serta kompeten untuk bertindak sebagai pemandu pelancong.
BILA BOLEH MEMOHON - Tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong.
BORANG PERMOHONAN TEMPOH LESEN - Satu (1) tahun dari tarikh kelulusan lesen.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN Gambar - Satu (1) keping gambar warna terbaru berukuran pasport.
Salinan Kad Pengenalan - Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri - Satu (1) salinan resit bayaran keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri yang berkenaan
Surat Akuan Doktor - Satu (1) salinan surat akuan kesihatan terperinci daripada mana-mana hospital Kerajaan/pengamal perubatan berlesen.
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan lesen Pemandu Pelancong Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong - Satu (1) salinan surat pemberitahuan daripada Kementerian Pelancongan bahawa permohon telah menjalani dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong atau
- Satu (1) salinan Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong .
Sijil Kemahiran Malaysia - Satu (1) salinan Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Kelayakan Akademik - Satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang disahkan (Contohnya: Ijazah, Diploma, STPM, SPM atau setaraf dengannya)
Sijil Mesra Malaysia - Satu (1) salinan Sijil Mesra Malaysia (wajib)
Surat Tawaran Berkerja - Satu (1) salinan surat tawaran dari majikan Syarikat Pengendalian Pelancong (jika ada)
Dokumen Tambahan Bagi Pemohon Lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat - Satu (1) salinan surat pemberitahuan bahawa pemohon telah menjalani dan lulus Kursus Alam Semulajadi Setempat ATAU Satu (1) salinan Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat
Sijil EcoHost - Satu (1) salinan Sijil Kursus EcoHost (jika ada)
Sijil Kelayakan Akademik/Kemahiran - Satu (1) salinan sijil kelayakan akademik/kemahiran yang diakui sah (jika ada)
Catatan : 2 salinan dokumen perlu dikemukakan sekiranya permohonan dihantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah . FI PEMPROSESAN - Fi pemprosesan sebanyak RM 10.00 hendaklah dikemukakan semasa permohonan.
FI PELESENAN (SETAHUN) - Fee Pelesenan sebanyak RM 50.00.
CARA BAYARAN - Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/wang kiriman/cashier's order di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia .
- Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang di belakang draf bank/wang kiriman/wang pos berkenaan.
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN - Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur - Permohonan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Pejabat Pelesenan Wilayah Utara - Permohonan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
- Pejabat Pelesenan Wilayah Timur - Permohonan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang
- Pejabat Pelesenan Wilayah Selatan - Permohonan dari Johor.
- Pejabat Pelesenan Wilayah Sabah - Permohonan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- Pejabat Pelesenan Wilayah Sarawak - Permohonan dari Sarawak.
PERHATIAN - Permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat asas tidak akan diberi pertimbangan.
- Kementerian Pelancongan Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan urusan surat menyurat pihak pemohon.
- Tindakan tegas akan diambil terhadap permohon yang mengemukakan sebarang kenyataan palsu.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 27 Mei 2009 16:37 |