Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

FUNGSI
  • Merancang dan menganjur keperluan perjawatan, struktur organisasi perjawatan dan pengemaskinian skim perkhidmatan.
  • Merancang dan mengendalikan urusan pengisian dan pengambilan kakitangan.
  • Mengurus segala aspek perkhidmatan, penempatan, elaun, gaji dan segala kemudahan dalam perkhidmatan dan urusan kemajuan kerjaya.
  • Merancang dan mengendalikan kursus/latihan dalam perkhidmatan, kursus wajib, peperiksaan perkhidmatan jabatan dan Penilaian Tahap Kecekapan.
  • Mengurus hal ehwal tatatertib, pengisytiharan harta dan Nilaian Prestasi Tahunan.
  • Melaksanakan tugas sebagai urus setia kepada Panel Pergerakan Gaji, Majlis Bersama Jabatan, Jawatankuasa Keutuhan, Jawatankuasa Latihan Kementerian, Lembaga Peperiksaan, Pasukan Petugas Mengurangkan Kerenah Birokrasi dan Panel Pembangunan Sumber Manusia.

PIAGAM PELANGGAN
  • Mengemukakan kepada agensi pusat permohonan penstrukturan/jawatan dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mendapatkan keputusan pengambilan Pekerja Khidmat Singkat daripada Ketua Setiausaha dalam tempoh tiga hari selepas permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan surat perlantikan bagi mengisi jawatan kosong dibawah bidang kuasa Ketua Setiausaha dalam masa tiga bulan dari tarikh iklan dikeluarkan.
  • Mendapatkan keputusan bagi permohonan tanggung kerja daripada pengurusan tertinggi dalam tempoh satu minggu selepas permohonan lengkap diterima.
  • Mengemukakan borang penyata perubahan (kew.8) berkaitan dengan perubahan pendapatan akan disediakan dan dikemukakan kepada Cawangan Kewangan, Bahagian Pengurusan untuk penyelarasan bayaran dalam tempoh satu minggu selepas semua dokumen lengkap diterima.
  • Mengemukakan permohonan tapisan keutuhan kepada badan pencegah rasuah untuk pertimbangan/ kelulusan dalam tempoh satu minggu selepas borang lengkap diterima.
  • Mengemukakan permohonan pengesahan lantikan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen kepada pihak berkuasa berkenaan untuk pertimbangan/kelulusan dalam tempoh satu minggu selepas semua dokumen lengkap diterima.
  • Mengemukakan laporan nilaian prestasi tahunan yang telah lengkap diisi kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ia diterima.
  • Mengedarkan surat pengumuman kursus anjuran kerajaan/swasta dalam tempoh tiga hari selepas ia diterima.
  • Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta dalam tempoh dua hari selepas ia diterima daripada pihak penganjur.
  • Memaklumkan kursus anjuran kementerian pelancongan kepada peserta sekurang-kurangnya empat hari sebelum berkursus.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
29007 22 Februari 2011