CREATIVE BOX
Mulai 30 April 2009, Kementerian Pelancongan telah menyediakan sebuah 'Creative Box' untuk memberi ruang kepada mana-mana individu untuk menyumbangkan idea-idea kreatif dalam usaha Kementerian untuk mengenal pasti atau menambah baik atau membangunkan lagi industri pelancongan negara.
Sehubungan itu, sebarang sumbangan idea kreatif bolehlah dikemukakan ke 'Creative Box' berkenaan, yang terletak di perkarangan ruang penyambut tetamu Pejabat Y.B. Menteri Pelancongan Malaysia.