Selamat Datang ke Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Senarai Homestay di Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020) dan Penginapan Tetamu di Premis Penginapan Pelancongan Sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil ketetapan seperti berikut:-
  1. Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020);
  2. Pembekuan semua urusan kaunter dan perkhidmatan atas talian bagi Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen Pengendalian Pelancongan, Pemandu Pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan Pendaftaran Penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK);
Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Melawat Malaysia (VM2020) adalah DIBATALKAN sejajar dengan impak penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya. Perkara ini berkuatkuasa serta merta.

Pembekuan semua perkhidmatan kaunter dan atas talian di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK) adalah berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020.

Sejajar dengan Kenyataan Media oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri hari ini berhubung pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum. Namun, kesemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin berkenaan dan tempahan sajian hendaklah dibuat secara room service.

Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan diterhadkan. Bagi tetamu premis penginapan pelancong yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah ini berkuatkuasa, mereka bolehlah mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Walau bagaimanapun, pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong adalah tidak dibenarkan.

Saya menyeru kepada orang ramai supaya mematuhi social distancing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Marilah kita berdoa agar kesejahteraan negara tercinta ini dapat dikembalikan seperti sedia kala dengan secepatnya.

Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya 
18 March 2020

- TAMAT -

Dikeluarkan oleh:
PEJABAT MENTERI,
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-8891 7181
Laman Sesawang: www.motac.gov.my Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FB: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Instagram: mymotac Twitter: mymotac
Kemaskini Terakhir :