Bahagian Pembangunan Industri

FUNGSI BAHAGIAN
  1. Membangunkan dan memperkukuh struktur, fungsi dan peranan organisasi atau institusi yang berkaitan dengan industri perkhidmatan pelancongan bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan.
  2. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan produk, aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan kekuatan dan keunikan sumber tempatan.
  3. Membangunkan dan menggalakkan pelancongan domestik.
  4. Membangunkan dan mempertingkatkan sumber manusia dalam sektor perkhidmatan pelancongan negara dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan sektor perkhidmatan pelancongan melalui kursus dan seminar.
  5. Menggalakkan pelaburan pelancongan melalui penyediaan insentif, tabung pelancongan dan khidmat nasihat.
  6. Menyediakan peraturan dan garis panduan bagi mempertingkat kualiti kemudahan pelancongan.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberikan khidmat nasihat bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Industri dalam masa tiga (3) minit masa menunggu di kaunter.
  2. Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan bertulis diadakan.
  3. Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan bertulis diadakan.
  4. Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan praktikal diadakan.
  5. Menguruskan Pinjaman Tabung Pelancongan dengan cara:
    1. Memproses dan memanggil untuk pembentangan permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
    2. Mengeluarkan keputusan permohonan dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pembentangan.
  6. Melulus dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap beserta dengan laporan lawatan tapak.
  7. Mengeluarkan Surat Sokongan untuk mendapat insentif industri pelancongan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  8. Mengeluarkan Sijil Penyertaan Kursus / Latihan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan lengkap daripada penganjur, dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.