Bahagian Pelesenan Pelancongan

FUNGSI
  1. Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pelesenan berkaitan perusahaan pelancongan.
  2. Mendaftar dan melesenkan perusahaan pelancongan (Pengendalian Perniagaan / Agensi pengembaraan dan Institusi Latihan Pelancongan).
  3. Mendaftar dan melesenkan pemandu pelancong.
  4. Mendaftar dan melesenkan kenderaan pelancongan (Bas persiaran dan Kereta Sewa Pandu).
  5. Mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong.
  6. Menjalankan urusan pendakwaan yang sewajarnya bagi kes-kes pelanggaran AIP 1992 dan APKP 1999 serta peraturan-peraturan di bawahnya oleh perusahaan pelancongan atau individu.
  7. Menggubal dan mengemaskinikan perundangan yang berkaitan dengan industri pelancongan dari semasa ke masa.
  8. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang industri pelancongan dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  9. Memproses permohonan kemasukan pegawai dagang dalam perusahaan pelancongan.
  10. Memproses permohonan penubuhan pejabat perwakilan pelancongan asing yang beroperasi di Malaysia.
  11. Menjalankan tugas sebagai pemudah cara antara agensi kerajaan, swasta dengan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelancongan.
  12. Memberi khidmat nasihat dan galakan kepada individu atau organisasi yang menceburi perusahaan pelancongan.
  13. Mengkaji semula sistem dan prosedur pelesenan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN
PERKARAMANUALONLINE
PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN & AGENSIPENGEMBARAAN (TOBTAB)
Permohonan Lesen: Baru / Tambah Cawangan / Tambah Bidang / Rayuan 20 Hari 5 Hari
Perubahan Status 3-5 Hari 3 Hari
Pembaharuan Lesen TOBTAB / MM2H 5 Hari 3 Hari
Pegawai Dagang 7 Hari 5 Hari
Pejabat Perwakilan 7 Hari 5 Hari
KENDERAAN PELANCONGAN (SABAH, SARAWAK & LABUAN)
Permohonan Lesen Baru / Rayuan 20 Hari -
Ubah Syarat Lesen 3 Hari -
Ubah Syarat Surat Kelulusan 3 Hari -
PREMIS PENGINAPAN PELANCONG
Pendaftaran Baru / Semula 5 Hari 3 Hari
Pengelasan Baru / Semula 21 Hari 9 Hari
PEMANDU PELANCONG
Lesen Baru 5 Hari 3 Hari
Pembaharuan Lesen 5 Hari 2 Hari
INSTITUT LATIHAN PELANCONGAN
Lesen Baru 20 Hari -
Pembaharuan Lesen 2 Hari -
Permit Mengajar Baru 3-5 Hari -
Pembaharuan Permit Mengajar 1 Hari -
Perubahan Status 3-5 Hari -
SPA & PUSAT URUTAN KAKI
Pengelasan Baru / Semula TB TB

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.