Unit Perundangan

FUNGSI
  1. Memberi nasihat undang-undang tentang hal-hal perundangan mengenai perkara tertentu dalam bidang kuasa Kementerian/Agensi.
  2. Mentafsir undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Parlimen, Enakmen/Ordinan dan Perundangan Subsidiari.
  3. Menyemak perjanjian dan kontrak, triti atau Memorandum Persefahaman dan dokumen undang-undang yang dihantar oleh Kementerian/Agensi.
  4. Menyemak cadangan penggubalan undang-undang baru atau pindaan kepada undang-undang dan perundangan subsidiari.
  5. Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Kementerian/Agensi (jika perlu).
  6. Menghadiri mesyuarat di peringkat Jabatan, Kementerian, Kebangsaan dan/atau antarabangsa berhubung dengan hal-hal yang dinyatakan di atas.
  7. Bertanggungjawab terus kepada Ibu Pejabat Bahagian Penasihat dan Antarabangsa untuk membuat rujukan dan mendapat pandangan serta kelulusan/ulasan Peguam Negara dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan perundangan.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Mengkaji dan memberi nasihat undang-undang yang bermutu kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya secara bertulis atau lisan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  2. Menggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian/agensi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh draf pertama lengkap diterima.
  3. Menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti kontrak/perjanjian/MoU, surat cara dan Memorandum Persefahaman jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan menjaga kepentingan awam dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh dokumen lengkap diterima.
  4. Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan di bawah akta Kementerian Pelancongan Malaysia yang dirujuk dalam tempoh empat belas (14) hari.
  5. Mewakili Kerajaan Malaysia dan kementerian/agensi dalam mana-mana prosiding guaman dan pendakwaan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh Mahkamah.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.