Unit Audit Dalam

FUNGSI
  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  3. Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  5. Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  6. Melaporkan kepada Pihak Pengurusan Atasan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  7. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pihak Pengurusan Atasan.
  8. Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit sebelum dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa.
  2. Mengeluarkan Laporan Audit dan pemerhatian audit yang bebas, objektif dan tepat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pengauditan selesai dibuat.
  3. Menyediakan Rancangan Audit selewat-lewatnya pada 31 Januari dan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam pada 31 Mac tahun berikutnya.
  4. Memantau pelaksanaan syor/teguran dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Laporan Audit dikeluarkan.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.