Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

PIAGAM PELANGGAN
  1. Memproses permohonan Program Malaysia My Second Home (MM2H) dalam tempoh sembilan puluh (90) hari waktu bekerja dari tempoh permohonan yang lengkap diterima dan tertakluk kepada pengesahan bank dalam tempoh berkenaan.
  2. Memproses permohonan Rayuan Malaysia My Second Home (MM2H) dalam tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh permohonan rayuan lengkap diterima dan tertakluk kepada pengesahan bank dalam tempoh berkenaan.
  3. Memproses permohonan Tangguh selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Program Malaysia My Second Home (MM2H) dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh pengesahan yang diperlukan diterima dan tertakluk kepada pengesahan bank dalam tempoh berkenaan.
  4. Mengeluarkan Surat Kelulusan Bersyarat atau Surat Tolak kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja dari tarikh keputusan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.
  5. Mengeluarkan Surat Sokongan kepada peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H) untuk pengeluaran simpanan tetap bagi tujuan pembelian rumah, pembelian kereta, pembiayaan perubatan dan pendidikan anak-anak dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja dari tempoh permohonan yang lengkap diterima.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.