• Utama
  • Program Kementerian
  • Kursus
  • Eco-Host Malaysia

Eco-Host Malaysia

Apakah Eco-Host Malaysia?
Eco-Host Malaysia diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar. Eco-Host juga bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai situasi alam sekitar pada hari ini dan bagaimana aktiviti manusia memberi kesan terhadap ekosistem alam semulajadi.

Kenapa perlu menghadiri Eco-Host?
Dengan menghadiri Eco Host, seseorang itu akan lebih memahami hubungan di antara pelancongan dengan persekitaran (termasuk masyarakat setempat) serta kepentingan ekopelancongan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Bagaimana untuk menyertai Eco-Host?
Eco-Host dikendalikan oleh trainer terlatih dengan kadar yuran sebanyak RM100.00. Di akhir kursus perserta akan dianugerahkan dengan lapel pin dan sijil Eco-Host sebagai tanda telah menamatkan dengan jayanya kursus ini.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.