• Utama
  • Program Kementerian
  • Kursus
  • We Are The Host (WATH)

Kursus We Are The Host (WATH)


Apakah Kursus We Are The Host (WATH)?
  • Salah satu kursus di bawah Malaysia Welcomes The World (MWW).
  • Hasil penambahbaikan dan pengemaskinian Kursus Mesra Malaysia yang telah dilaksanakan dari tahun 2007 sehingga 2012.
  • Menggantikan Kursus Mesra Malaysia sedia ada untuk melatih semua barisan hadapan (frontliners) di dalam sektor pelancongan.
  • Selaras dengan usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai Tuan Rumah bagi Visit Malaysia Year 2014.

Kepentingan Menghadiri Kursus We Are The Host (WATH)?
  • Mempersediakan diri atau frontliners agar lebih berpengetahuan dan bersedia menghadapi Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia Year) 2014 dan berkhidmat di dalam industri pelancongan dari masa ke semasa.
  • Memberi pendedahan kepada penggiat dan barisan hadapan industri pelancongan mengenai halatuju industri pelancongan Malaysia yang telah disasarkan oleh National Key Economic Area (NKEA) dan Malaysia Tourism Transformation Plan (MTTP).
  • Memahami kepentingan dan meningkatkan kemahiran khidmat pelanggan yang unggul bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
  • Memahami proses komunikasi, halangan dan penggunaan teknik komunikasi yang lebih berkesan.
  • Memberikan kesedaran dan berkongsi maklumat mengenai Tourism Products yang terkini.
  • Menerapkan semangat dan memastikan Buy-In, Ownership dan A Proud Spirit di kalangan rakyat Malaysia dalam pelaksanaan Visit Malaysia Year 2014 dan berbangga berkhidmat di dalam Industri Pelancongan Malaysia.

Siapa perlu hadir?
  • Kursus ini dilaksanakan selama 1 hari dan terbuka kepada mana-mana frontliners, penggiat industri pelancongan dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri pelancongan.
  • Hanya tenaga pengajar yang terlatih iaitu Trainer We Are The Host yang terlatih dan dilatih oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja dibenarkan untuk mengendalikan latihan ini.
  • Setiap peserta yang menyertai kursus ini akan menerima Sijil Penyertaan Kursus dan CD We Are The Host.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.