• Utama
  • Program Kementerian
  • Tabung & Insentif
  • Tabung Khas Pelancongan

Tabung Khas Pelancongan

PENGENALAN
Bagi membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) menyediakan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Khas Pelancongan (TKP) yang dikendalikan oleh Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).

Tujuan TKP ini adalah untuk menyokong usaha Kerajaan dalam membangunkan industri pelancongan di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana untuk menyumbang ke arah pendapatan negara.

Permohonan TKP ini akan diproses oleh KPK dan tertakluk kepada sokongan dari Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP) berdasarkan kepada daya maju projek bagi sektor pelancongan. Permohonan yang telah disokong oleh JKPTP tersebut akan dipanjangkan kepada SME Bank untuk penilaian akhir dan kelulusan.

TUJUAN PEMBIAYAAN
  • Membantu usahawan mengembangkan produk/perkhidmatan berasaskan pelancongan.
  • Pengambilalihan perniagaan/aset pelancongan termasuk penebusan pembiayaan.

KESEDIAAN PENGGUNAAN DANA
Dana tersedia untuk pembiayaan sehingga 22 Oktober 2029.

KADAR PEMBIAYAAN
Dari BFR + 0% setahun sehingga BFR + 2.5% tahunan/setahun.

PERUBAHAN KADAR KEUNTUNGAN
Pihak Bank berhak mengubah kadar keuntungan dari masa ke semasa.

TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 12 tahun (tidak lebih dari 22 Oktober 2029).

TERMA PEMBAYARAN
  • Tempoh bayaran pembiayaan akan ditentukan berdasarkan keupayaan aliran tunai, tempoh hayat ekonomi aset yang dibiayai dan/atau berdasarkan terma yang ditetapkan oleh pemberi dana.
  • Tempoh pernafasan (grace period) boleh diberikan berdasarkan tempoh pembangunan/aset dalam pembinaan dan berdasarkan aliran tunai projek.

JUMLAH PEMBIAYAAN MINIMUM
RM250,000

JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN
RM30.00 juta untuk setiap projek atau 90% daripada kos projek (tidak termasuk kos tanah), yang mana lebih rendah.

JENIS PEMBIAYAAN
Pembiayaan berasaskan Shariah.

JENIS KEMUDAHAN
  • Pembiayaan aset tetap.
  • Pembiayaan Modal Kerja/ Modal Kerja Berputar.
  • Jaminan Bank.

KELAYAKAN PEMOHON
  • Syarikat berstatus pemilikan Malaysia, didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Akta 2002 atau Akta Koperasi 1993 (minumum 51% pemilikan oleh warganegara Malaysia) dan dikategori sebagai PKS-Perusahaan Kecil dan Sederhana).
  • Mempunyai dana Pemegang Saham tidak melebihi RM10 juta.
  • Operasi perniagaan patuh shariah yang telah berjalan melebihi 2 tahun. Bagi perniagaan yang beroperasi kurang dari 2 tahun, penilaian akan dibuat berasaskan merit dan daya maju projek.
  • Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh KPK. (i.e. pengesahan dari KPK, seperti surat sokongan dan sebagainya).

KELAYAKAN PROJEK
Projek yang beroperasi di Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan negara adalah layak untuk memohon. Keutamaan adalah untuk projek-projek seperti berikut:-
  1. Semua projek yang diklasifikan sebagai projek berkaitan dengan aktiviti pelancongan termasuk pembuatan produk berkaitan pelancongan;
  2. Projek mestilah berdaftar dengan KPK atau disahkan sebagai projek pelanconganoleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan, KPK;
  3. Projek pelancongan yang dipromosikan oleh Kerajaan termasuk (tidak terhad kepada) pelancongan berasaskan rekreasi, kesihatan, sukan, pendidikan dan yang berkaitan;
  4. Membina, menambahbaik, mengubahsuai aset/bangunan bersejarah (seperti hotel, motel, chalet, rumah peranginan dan rumah rehat)
  5. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan berkaitan pelancongan seperti bas persiaran, kereta pandu sendiri, kereta sewa, kenderaan bagi pengangkutan laut dan sebagainya;
  6. Resort dan tempat pelancongan (termasuk pengubahsuaian dan kerja-kerja lanskap) seperti taman tema/taman rekreasi seperti taman bunga, taman safari dan kompleks integrasi pelancongan;
  7. Penyediaan kemudahan/perkhidmatan yang berkaitan aktiviti pelancongan seperti restoran yang menyediakan persembahan kebudayaan, pusat cenderahati dan kraf tangan untuk pelancong, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi untuk pelancong seperti basikal, peralatan marin/skuba, peralatan kebudayaan, galeri dan muzium;
  8. Modal kerja untuk aktiviti berasaskan pelancongan; and
  9. Lain-lain projek berasaskan pelancongan yang ditentukan oleh Kerajaan.

SYARAT DAN TERMA PEMBIAYAAN TAMBAHAN
Penerima pembiayaan di bawah pembiayaan TKP yang memerlukan bimbingan khas adalah layak untuk menjalani program latihan yang dianjurkan oleh pihak Bank. Urusan latihan akan dimaklumkan kepada peserta dari semasa ke semasa.

CAGARAN YANG DIAMBIL OLEH BANK (TIDAK TERHAD KEPADA YANG BERIKUT)
  • Cagaran tetap pertama;
  • Debentur;
  • Cagaran pihak ketiga (jika perlu);
  • Jaminan bersama dan berasingan oleh Pengarah-Pengarah/Pemegang-Pemegang Saham (berdasarkan kapisiti individu);
  • Jaminan Korporat;
  • Jaminan Bank; dan
  • Serahan hak ke atas projek, Takaful, serahan dari perolehan/pendapatan pelanggan dan sebagainya.

MAKLUMAT ASAS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON TKP
  • Surat permohonan rasmi syarikat; dan
  • Borang permohonan TKP (sila taip).
Profil Syarikat mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
  1. Borang 9 atau Borang Pendaftaran Perniagaan*;
  2. Borang 24 (Pemegang saham)*;
  3. Borang 49 (Ahli Lembaga Pengarah)*;
  4. Memorandum dan Artikel Pertubuhan*;
  5. Profil Ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham dan ahli pengurusan utama syarikat;
  6. Laporan audit kewangan 3 tahun terakhir; dan
  7. SSM e-info terkini.
* Dokumen di atas mesti disahkan oleh setiausaha syarikat

Cadangan Projek mesti mengandungi:
  1. Perincian kos projek dan cadangan sumber pembiayaan; dan
  2. Kajian kebolehlaksanaan projek disediakan oleh Juruperunding Bebas.

Lain-Lain Dokumen
Lain-lain dokumen tambahan yang diperlukan dari pemohon adalah tertakluk kepada laporan cadangan projek yang diserahkan.

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri
Aras 14, Menara 1
No. 2, Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya
Tel: 03 - 8891 7480/7492/7469 (Dana Pelancongan)
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Untuk pertanyaan lanjut atau memerlukan sesi konsultasi berhubung TKP, sila hubungi talian Dana Pelancongan 03-8891 7480/7492/7469 atau e-mail kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pemohon adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SME Bank berkenaan perincian terma dan syarat pembiayaan di alamat berikut:-

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2615 2843/2020


Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.