• Utama
  • Program Kementerian
  • Tabung & Insentif
  • Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan

Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan

PENGENALAN
Bagi membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) menyediakan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Tujuan TPIP ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan.

Permohonan TPIP ini akan diproses oleh KPK dan tertakluk kepada sokongan dari Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP) berdasarkan kepada daya maju projek bagi sektor pelancongan. Permohonan yang telah disokong oleh JKPTP tersebut akan dipanjangkan kepada BPMB untuk penilaian akhir dan kelulusan.

TUJUAN PINJAMAN
  • Untuk membiayai kos pembinaan projek baru/sedia ada dan tidak termasuk modal pembiayaan.
  • Bagi pemilikan tanah, jumlah maksima 40% dari kos tanah/projek yang mana lebih rendah.

TEMPOH PERMOHONAN
1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2018.

KADAR FAEDAH
Kadar faedah pinjaman adalah 4% - 6% setahun berdasarkan asas anuiti tahunan.

TEMPOH PINJAMAN
Tempoh maksima pinjaman selama 20 tahun.

TERMA PEMBAYARAN BALIK
  • Tempoh pembayaran balik adalah bergantung kepada aliran tunai projek, keadaan ekonomi harta yang diperoleh melalui pinjaman dan/atau mengikut budi bicara peminjam bank.
  • Tempoh menunggu boleh diberikan dan ditentukan berdasarkan tempoh dan aliran tunai projek tersebut.

JUMLAH PINJAMAN MINIMUM
RM5.0 juta

JUMLAH PINJAMAN MAKSIMUM
RM100.0 juta atau sehingga 80% daripada jumlah kos projek yang mana lebih rendah.

PEMOHON YANG LAYAK
  • Pemohon mestilah berdaftar dengan Akta Syarikat 1965, Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2002 dan/atau Akta Syarikat Koperasi 1970 atau Akta koperasi 1993.
  • Pemohon mestilah hak milik warganegara Malaysia dengan memegang saham sekurang-kurangnya 51%.
  • Syarikat sedia ada atau baru yang menjalankan atau merancang melaksanakan projek pelancongan juga adalah layak memohon.
  • Pemohon mestilah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM5 juta atau minima 20% daripada jumlah pinjaman yang mana lebih tinggi.

PROJEK YANG LAYAK UNTUK PERTIMBANGAN PEMBIAYAAN PINJAMAN
Projek mesti bertempat di Malaysia dan semua projek yang berkaitan dengan pelancongan iaitu projek yang menjana kepada pembangunan industri pelancongan adalah layak memohon. Keutamaan adalah bagi projek-projek berikut:
  1. Wilayah atau pusat pelancongan bersepadu /pusat tumpuan/kemudahan pelancongan dan kompleks.
  2. Dewan persidangan.
  3. Galeri dan pusat maklumat.
  4. F&B atau kedai berkaitan pelancongan.
  5. Hotel, chalet, resort dan lain-lain kemudahan penginapan dengan tema tersendiri seperti taman tema air, taman tema safari, pelancongan kesihatan, ekopelancongan atau pelancongan sukan.
  6. Pembangunan semula kawasan sebagai tempat tarikan pelancongan.
  7. Pelbagai kemudahan pengangkutan bersepadu, terminal limousin dan laluan pejalan kaki bagi menyediakan jalinan perhubungan yang efisien dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
  8. Pembangunan sungai dan waterfront.
  9. Taman tema dan/atau taman rekreasi dan pusat seperti taman tema air, tempat bersejarah, muzium, taman safari, zoo, taman buaya, teater/pusat kebudayaan dan konsep taman tema khas.
  10. Pelancongan marin.
  11. Kemudahan-kemudahan lain yang menyokong aktiviti di atas termasuklah kemudahan jalan, padang golf, kereta kabel atau jeti, bot dan feri.
  12. Sektor-sektor lain yang berkaitan infrastruktur pelancongan yang dikenal pasti dari masa ke semasa oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan/atau Bank.

PINJAMAN YANG TIDAK DIBENARKAN
  • Pengambilalihan atau pemilikan saham/syer
  • Aset sedia ada syarikat
  • Mengambil alih keupayaan produk-produk sedia ada
  • Pembiayaan untuk kasino

ITEM YANG TIDAK BOLEH DIBIAYAI
Projek Pinjaman tidak boleh digunakan untuk pembelian
Wilayah atau pusat pelancongan bersepadu/pusat tumpuan/kemudahan dan kompleks Mesin permainan
Mesin tunggang
Jet-ski
Peralatan gimnasium
Taman Tema Mesin permainan
Safari Haiwan
Time sharing apartment dan lease back

SENARAI SEMAK PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN (TPIP)
  • Surat permohonan rasmi syarikat.
  • Borang Permohonan Tabung TPIP (borang perlu ditaip).

Profil Syarikat merangkumi:
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Borang 9) atau Akta Koperasi 1993*.
  • Borang 24 yang lengkap sejak didaftarkan*.
  • Borang 49*.
  • Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (Memorandum and Articles of Association)*.
  • Profil Lembaga Pengarah dan Pengurusan Utama.
  • Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tiga tahun terakhir.
* Dokumen perlu diakui sah oleh Setiausaha syarikat.

Kertas Kerja / Kertas Cadangan Projek merangkumi:
  • Kos Projek yang lengkap dan cadangan sumber pembiayaan - nyatakan sumber pembiayaan bagi projek dengan terperinci.
  • Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) projek yang dibuat oleh juru perunding (independent consultant).

Dokumen Tambahan
Pemohon akan diminta untuk mengemukakan dokumen tambahan berdasarkan cadangan projek pemohon.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dimajukan kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri
Tingkat 14, Menara 1
No. 2, Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya

Untuk pertanyaan lanjut atau memerlukan sesi konsultasi berhubung TPIP, sila hubungi talian Dana Pelancongan 03-8891 7480/7492/7469 atau e-mail kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pemohon adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak BPMB berhubung terma dan syarat terperinci pinjaman seperti berikut :-

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)
Menara Bank Pembangunan
Bandar Wawasan, No 1016, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel    : 03-2611 3309/3084


Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.