Perolehan

Bagaimana hendak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan?
Syarikat hendaklah mengisi borang permohonan pendaftaran syarikat dan dikemukakan beserta lampiran-lampiran berikut:
  1. Profil Syarikat
  2. Salinan sijil Taraf Bumiputera
  3. Salinan sijil Kementerian Kewangan
  4. Salinan sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) & bagi projek kerja
  5. 2 keping kad syarikat
Bagaimana hendak menyertai sebut harga / tender Kementerian Pelancongan?
Bagi urusan kerja, kontraktor / pembekal mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala / sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Bagi bekalan/perkhidmatan, pembekal / syarikat mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan.

Apakah peraturan kewangan mengenai pelawaan kontraktor Kelas F bagi kerja?
Semua kerja di bawah RM200,000.00 adalah dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera Kelas F yang berdaftar dengan PKK dalam Kepala dan Sub Kepala yang berkaitan sahaja. Pendaftaran kontraktor kelas F adalah mengikut daerah dan oleh itu hanya kontraktor dalam daerah berkenaan sahaja boleh ditwarkan kerja di bawah RM200,000.00

Apakah yang menyebabkan anak syarikat / koperasi tidak dibenarkan memasuki tender / sebut harga badan induk?
Syarikat-syarikat Anak Ekuiti Kerajaan, Koperasi, Tabung Kakitangan Kerajaan dan seumpamanya adalah dilarang menyertai sebarang perolehan yang diuruskan oleh Kementerian / Jabatan sendiri, bertujuan untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan (conflict of interest) di dalam perolehan berkenaan.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.