Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

Berapakah jumlah tempat duduk yang terdapat di Dewan Tunku Abdul Rahman?
Terdapat sejumlah 400 buah tempat duduk dan jumlah ini mungkin berkurangan bergantung kepada jenis acara dan persembahan.

Bagaimanakah untuk ke Pusat Pelancongan Malaysia?
Stesen LRT terdekat ialah Stesen Bukit Nenas (Monorel) dan Stesen KLCC atau stesen Dang Dangi (Putra Line). Kedua-dua buah stesen terletak paling hampir dengan Pusat Pelancongan Malaysia. Perkhidmatan bas yang melalui kawasan ini ialah RapidKL No. B103 (dari titiwangsa & bukit bintang), B105 (mid valley & kl Central), B114 (maluri & titiwangsa) manakala Metrobus No 28, 78 & 79 (dari Jalan hang Lekir) dan anda perlu turun di hadapan Renaissance hotel. Untuk ke Pusat Pelancongan Malaysia dari KLCC hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki.

Bilakah Pusat Pelancongan Malaysia dibuka secara rasminya?
Pusat Pelancongan Malaysia sebelumnya dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan dirasmikan pada 5 September 1990 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.

Pusat Pelancongan Malaysia dimiliki oleh?
Pusat Pelancongan Malaysia dimiliki oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan pelancongan yang disediakan seperti perkhidmatan khidmat nasihat pelancongan menerusi Kaunter Pelancongan, kemudahan E-Portal, mengadakan persembahan dan aktiviti kebudayaan.

Bagaimana saya boleh membeli tiket untuk persembahan kebudayaan?
Anda boleh mendapatkan tiket di kaunter di hadapan pintu masuk dewan persembahan dari pukul 2.30 pm hingga 3.00 pm pada hari Isnin, selasa dan khamis. Untuk hari sabtu dari pukul 8.00 pm hingga 8.30 pm, maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, sila hubungi 03-92354 900.

Berapakah harga tiket?
Untuk persembahan kebudayaan yang dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Malaysia harga tiket yang dikenakan adalah RM 5.00. Manakala harga tiket untuk persembahan oleh pihak luar ditentukan oleh promoter setiap persembahan dan biasanya di antara RM20 - RM250 bergantung kepada jenis persembahan.

Adakah kemudahan disediakan untuk pengunjung yang kurang upaya?
Pusat Pelancongan Malaysia dilengkapi dengan kemudahan untuk meraka yang berkerusi roda.Kami juga turut menyediakan tandas uniseks untuk mereka yang kurang upaya.

Apakah kod pakaian yang khusus untuk menonton persembahan di Pusat Pelancongan Malaysia?
Untuk persembahan Orkestra dan Koir, anda perlu memakai 'lounge suit', baju Batik atau kemeja lengan panjang. Bagi persembahan teater dan tarian pula, anda perlu mengenakan pakaian yang kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.

Wujudkah tempat untuk meletakkan kenderaan?
Terdapat banyak ruang untuk meletakkan kenderaan disediakan percuma.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.