Info Latihan

1. OBJEKTIF LATIHAN KEMENTERIAN

Objektif Latihan KPK ialah:
  • Melengkapkan setiap pegawai dan kakitangan KPK dengan Sikap (Attitude), Kemahiran (Skills) dan Pengetahuan (Knowledge) yang bersesuaian dengan tugas masing-masing melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang dan berteraskan pembangunan kompetensi (competency) dan pembelajaran berterusan (long-life learning).

  • Melaksanakan pelbagai peringkat latihan untuk pegawai dan kakitangan KPK secara berterusan dan sistematik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005: Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

2. STRATEGI LATIHAN KPK TAHUN 2018

Bagi pelaksanaan Latihan KPK dalam tahun 2018, Cawangan Pembangunan Modal Insan dan Kompetensi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menggariskan 9 strategi latihan seperti berikut:
  1. Meneruskan kerjasama dengan Unit Latihan Jabatan dan Agensi dibawah KPK dalam melaksanakan kursus/ceramah yang bersesuaian disamping turut mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan dan Agensi bagi menambah pengetahuan mengenai fungsi dan ‘core business’ Jabatan dan Agensi dibawah KPK;

  2. Meneruskan pelaksanaan Sesi Perkongsian Ilmu dan pembentangan dibuka kepada semua pegawai dan kakitangan KPK yang berminat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing;

  3. Melaksanakan Program Pementoran Umum bagi tempoh enam (6) bulan dan peserta yang tamat mengikuti program ini boleh dikira sebagai telah menghadiri empat (4) hari berkursus;

  4. Bekerjasama dengan agensi Genovasi Malaysia untuk menerapkan budaya inovasi di kalangan pegawai KPK melalui pendekatan ‘design thinking’;

  5. Memperkasakan peranan dan kemahiran Pegawai Latihan Bahagian/Jabatan/Agensi (PLB) dalam merangka keperluan latihan dan merekod latihan serta menggalakkan pemikiran kreatif dalam mengukur keberkesanan latihan yang dilaksanakan;

  6. Membangunkan kompetensi kepimpinan dan kecekapan bagi peningkatan kerjaya pegawai dan kakitangan KPK melalui penganjuran kursus kepimpinan dan pembangunan jati diri;

  7. Meneruskan penerapan nilai-nilai murni di dalam setiap slot kursus yang dilaksanakan;

  8. Menjadikan kemudahan Institut Latihan Awam (ILA) sebagai pilihan pertama lokasi latihan agar seiring dengan dasar penjimatan, 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PB3.1 iaitu Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan; dan

  9. Meneruskan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi latihan milik kerajaan.

3. PELAKSANAAN LATIHAN KPK TAHUN 2018

Perancangan keperluan kursus dan latihan KPK bagi tahun 2018 digubal menggunakan kaedah-kaedah berikut :

3.1 Analisa Keperluan Latihan (TNA)
  • BPSM telah mengedarkan Borang Soal Selidik Keperluan Latihan (Training Needs Analysis - TNA) kepada semua pegawai dan kakitangan KPK pada 20 September 2017 dan seramai 203 responden telah memberikan maklum balas.

  • Berdasarkan maklumat di dalam borang soal selidik yang diterima daripada pegawai dan kakitangan KPK, BPSM telah menyediakan senarai keperluan kursus yang berkaitan untuk pertimbangan selanjutnya, dengan mengambil kira jenis kursus, kaedah pelaksanaan, tempoh, tempat dan kumpulan sasar yang masih belum dilaksanakan pada tahun 2017.

  • Selain itu, BPSM juga mendapatkan cadangan daripada Ketua-ketua Bahagian mengenai keperluan kursus/latihan pegawai masing-masing.
3.2 Penilaian Latihan
  • BPSM menyediakan Borang Penilaian Kursus yang diedarkan kepada semua peserta pada akhir setiap kursus agar peserta dapat memberikan pandangan, kritikan serta cadangan penambahbaikan untuk pelaksanaan kursus yang berkenaan serta tujuan rujukan dari semasa ke semasa.

  • BPSM juga menyediakan Borang Maklum Balas Keberkesanan Kursus yang diedarkan kepada Ketua Jabatan atau Pegawai Penyelia bagi menilai pencapaian tahap kompetensi pegawai dan kakitangan mereka yang telah menghadiri sesuatu kursus/latihan bagi tujuan penyediaan Laporan Keberkesanan Kursus.
3.3 Pemantauan Latihan
  • BPSM menjalankan pemantauan latihan secara berkala dengan menyediakan laporan berkaitan Maklumat Kehadiran Kursus pegawai dan kakitangan daripada Bahagian/Unit di KPK pada setiap empat (4) bulan sekali seperti berikut:
    PERKARA TARIKH DIKEMUKAKAN KEPADA BPSM KPK
    Laporan Januari - April setiap 10hb Mei
    Laporan Mei - Ogos setiap 10hb September
    Laporan September - Disember setiap 10hb November dan 20hb Disember

4. PERANCANGAN LATIHAN KPK TAHUN 2018

4.1 Bagi tahun 2018, BPSM KPK telah merancang untuk mengadakan kursus-kursus yang merangkumi tujuh (7) kategori yang berikut, iaitu:
  1. Kursus Wajib;
  2. Kursus Pengurusan Kewangan;
  3. Kursus Perkhidmatan;
  4. Kursus Peningkatan Kerjaya;
  5. Kursus Kompetensi dan Sumber Manusia;
  6. Kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni; dan
  7. Kursus Psikologi
4.2 Senarai nama kursus/bengkel/ceramah, lokasi dan tarikh pelaksanaan mungkin berubah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan arahan Pengurusan Atasan tanpa perlu merujuk semula kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) sekiranya tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

4.3 Permohonan Kursus Tahun 2018

4.3.1 Kursus Anjuran BPSM KPK
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Kursus Anjuran KPK (KPK/SM DN 1a).
4.3.2 Kursus Anjuran Swasta Atau Agensi Lain
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Kursus Anjuran Swasta/Agensi Lain (KPK/SM DN 2a).

  2. Syarat-syarat untuk mengikuti Kursus Anjuran Agensi Lain atau Swasta, seperti berikut:

    1. Pegawai dan kakitangan akan dipertimbangkan menghadiri Kursus Anjuran Agensi Lain Atau Swasta sekiranya tidak melibatkan sebarang kos yang ditanggung oleh Kementerian/ Jabatan/Agensi atau yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur;

    2. Permohonan tidak akan dipertimbangkan jika pegawai dan kakitangan terlibat telah mencapai kehadiran tiga (3) hari berkursus pada tahun tersebut;

    3. Penyertaan maksimum yang boleh dipertimbangkan ialah dua (2) pegawai bagi setiap kursus yang bersesuaian; dan

    4. Kursus yang dimohon hendaklah bersesuaian dengan tugas hakiki pemohon.

4.3.3 Kursus Luar Negara
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Kursus Luar Negara (KPK/SM LN 1a).

  2. Syarat-syarat untuk mengikuti Kursus Luar Negara, seperti berikut:

    1. Pegawai dan kakitangan akan dipertimbangkan menghadiri Kursus Luar Negara sekali bagi tempoh tiga (3) tahun;

    2. Permohonan tidak akan dipertimbangkan jika pegawai dan kakitangan terlibat telah mencapai kehadiran tiga (3) hari berkursus pada tahun tersebut;

    3. Permohonan juga akan dipertimbangkan bagi pegawai Kumpulan Pelaksana;

    4. Kursus yang dimohon hendaklah bersesuaian dengan tugas hakiki pemohon; dan

    5. Kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur, tertakluk sekiranya terdapat keperluan mendesak kursus tersebut perlu dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang berkaitan dan menggunakan peruntukan Bahagian/ Jabatan/Agensi yang terlibat.

4.3.4 Ketidakhadiran Berkursus
  1. Pegawai dan kakitangan yang telah ditawarkan kursus dan/atau telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak dapat hadir ke kursus berkenaan mestilah mengemukakan Borang Tidak Hadir Kursus (KPK/SM THK 1a) ke BPSM selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh kursus dijalankan berserta pencalonan peserta ganti.

  2. Sekiranya ketidakhadiran ini adalah melibatkan Kursus anjuran Swasta atau Agensi lain yang berbayar, penalti akan dikenakan ke atas pegawai berkenaan iaitu tidak dibenarkan menghadiri mana-mana kursus luar negara/kursus berbayar anjuran kerajaan atau kursus swasta selama dua (2) kali pelaksanaan kursus yang berkenaan.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.