Info Peperiksaan

PENGENALAN

1. JENIS-JENIS PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
  1. Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan;
  2. Peperiksaan Pengesahan Perkhidmatan;
  3. Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL); dan
  4. Peperiksaan Kecekapan tujuan Pemberian Ganjaran.

2. PEPERIKSAAN YANG DILAKSANAKAN OLEH KPK
Peperiksaan yang dilaksanakan di KPK dipanggil Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Subjek Jabatan). Peperiksaan-peperiksaan yang terlibat adalah:
  1. Peperiksaan Pengesahan Perkhidmatan; dan
  2. Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL).

3. PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM DI KPK
3.1 Bagi melaksanakan peperiksaan perkhidmatan awam Subjek Jabatan, Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (LPPAKPK) telah ditubuhkan dengan kuasa dan tanggungjawab seperti berikut:
  1. Menentu dan meluluskan sukatan peperiksaan bagi Subjek Jabatan untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang terletak di bawah Kementerian;
  2. Melantik mana-mana pegawai Kerajaan dan panel-panel peperiksaan dengan jumlah keanggotaan yang sesuai untuk menguruskan peperiksaan-peperiksaan berkenaan; dan
  3. Menimbang rayuan-rayuan berhubung dengan sesuatu peperiksaan

3.2 Keanggotaan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (LPPAKPK) adalah seperti berikut:
Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPK
Ahli 1 : Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia atau wakil
Ahli 2 : Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia atau wakil
Ahli 3 : Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia atau wakil
Ahli 4 : Ketua Pengarah Jabatan Warisan Malaysia atau wakil
Ahli 5 : Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau wakil
Ahli 6 : Ketua Pengarah Istana Budaya atau wakil
Ahli 7 : Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Setiausaha : Setiausaha Bahagian PSM, KPK
Urus setia : Cawangan Pembangunan Modal Insan & Kompetensi, BPSM, KPK
* wakil Ketua Pengarah mestilah dari kalangan pegawai gred 48 dan ke atas

3.3 Bagi melicinkan pelaksanaan peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam akan dibantu oleh Panel-Panel Peperiksaan yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan perkhidmatan Awam bagi mengurus dan mengendalikan peperiksaan-peperiksaan Subjek Jabatan dalam bidang yang berkaitan mengikut sukatan peperiksaan sebagaimana yang telah ditentukan.

3.4 Kuasa dan tanggungjawab Panel-panel Peperiksaan pula adalah seperti berikut:
  1. Menentu taraf dan mutu soalan;
  2. Melantik penggubal-penggubal soalan;
  3. Menetap dan mengesahkan soalan peperiksaan yang disediakan oleh penggubal;
  4. Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas peperiksaan;
  5. Melantik Pemeriksa-pemeriksa yang terdiri daripada seorang Ketua Pemeriksa dan dibantu oleh pemeriksa-pemeriksa;
  6. Menentukan sistem markah peperiksaan; dan
  7. Menyediakan laporan dan analisis bagi setiap peperiksaan kepada Lembaga Peperiksaan.

3.5 Terdapat tiga (3) Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam di KPK iaitu:
  1. Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPK;
  2. Panel Peperiksaan Perpustakaan Negara Malaysia: dan
  3. Panel Peperiksaan Jabatan Arkib Negara Malaysia.

4. JENIS-JENIS PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN YANG DILAKSANAKAN OLEH KPK
4.1 Peperiksaan yang dilaksanakan oleh Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPK adalah seperti berikut:
  1. Peperiksaan Perkhidmatan Artis Budaya Gred B19 hingga B27;
  2. Peperiksaan Perkhidmatan Artis Budaya Gred B29 hingga B39;
  3. Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan Gred B19 hingga B27;
  4. Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan Gred B29 hingga B39;
  5. Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan Gred B41 hingga B53;
  6. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Muzium Gred S19 hingga S27;
  7. Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Kurator Gred S29 hingga S39;
  8. Peperiksaan Perkhidmatan Kurator Gred S41 hingga S53; dan
  9. Peperiksaan Khas (PSL) Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Kurator Gred S41.

4.2 Peperiksaan yang dilaksanakan oleh Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam Perpustakaan Negara Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pustakawan Gred S29;
  2. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pustakawan Gred S19; dan
  3. Peperiksaan Khas (PSL) Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pustakawan Gred S29.

4.3 Peperiksaan yang dilaksanakan oleh Panel Peperiksaan Jabatan Arkib Negara Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Arkib Gred S41; dan
  2. Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib Gred S29;
  3. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Arkib Gred S19;
  4. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pemuliharaan Gred S19;
  5. Peperiksaan Khas (PSL) Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Arkib Gred S41; dan
  6. Peperiksaan Khas (PSL) Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib Gred S29.

5. PEGAWAI YANG LAYAK MENGAMBIL PEPERIKSAAN
  1. Dilantik secara tetap;
  2. masih dalam tempoh percubaan; dan
  3. belum lulus peperiksaan perkhidmatan. atau
  4. Penolong Kurator yang telah disahkan dalam perkhidmatan. (bagi peperiksaan PSL Kurator S41);
  5. Pembantu Pustakawan yang telah disahkan dalam perkhidmatan. (bagi peperiksaan PSL Penolong Pustakawan S29);
  6. Penolong Pegawai Arkib yang telah disahkan dalam perkhidmatan. (bagi peperiksaan PSL Pegawai Arkib Gred S41); dan
  7. Pembantu Arkib yang telah disahkan dalam perkhidmatan. (bagi peperiksaan PSL Penolong Pegawai Arkib Gred S29).

6. JADUAL PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN
Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Subjek Jabatan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Tahun 2017 adalah seperti di Lampiran. Sebarang pindaan mengenainya akan dimaklumkan kepada calon-calon yang terlibat.

7. BORANG PERMOHONAN DAN SUKATAN PEPERIKSAAN
Pegawai yang ingin menduduki peperiksaan perlu membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Peperiksaan MOTAC(S) 500-4/1/3-01 seperti di lampiran. Sukatan Peperiksaan yang berkenaan juga di lampirkan untuk memudahkan pegawai memahami skop soalan yang akan diuji semasa peperiksaan.

8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan menduduki peperiksaan boleh dirujuk di dalam Sukatan Peperiksaan yang berkaitan.

Kemaskini Terakhir :
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.